ANALISIS PRINSIP ORGANISASI DALAM REKA BENTUK KURIKULUM STANDARD KEBANGSAAN DARI DIMENSI VERTIKAL DAN DIMENSI HORIZONTAL
Analisis Prinsip Organisasi dalam Reka Bentuk
Kurikulum Standard Kebangsaan dari Dimensi Vertikal dan Dimensi Horizontal
Prinsip
organisasi dalam reka bentuk kurikulum standard kebangsaan terdapat lima
prinsip utama yang telah disusun dalam dua dimensi yang berbeza iaitu Dimensi Vertikal
(Menegak) dan Dimensi Horizontal (Mendatar). Prinsip ini diperkenalkan adalah
bertujuan untuk menjadikan sesebuah susunan kandungan kreatif serta menyeluruh
dari pelbagai aspek bagi mencapai matlamat kurikulum yang telah ditetapkan oleh
Kementerian Pendidikan Malaysia. Berikutan daripada prinsip penyusunan reka
bentuk kurikulum dalam setiap dimensi juga berbeza yang mana dalam Dimensi
Vertikal, prinsip penyusunannya mengandungi prinsip kesinambungan dan prinsip
urutan. Dalam Dimensi Horizontal pula, ia mengandungi 3 prinsip penyusunan
iaitu prinsip integrasi, prinsip skop, serta prinsip imbangan. Hubungkait
antara Dimensi Vertikal dan Dimensi Horizontal dapat dilihat melalui gambar
rajah berikut.
Rajah
1: Prinsip Penyusunan Reka Bentuk Kurikulum
Dimensi Vertikal
Dalam konsep penyusunan
kandungan, Dimensi Vertikal merujuk kepada susunan kandungan yang secara
menegak dari atas ke bawah elemen kurikulum.
Dimensi Vertikal merupakan dimensi yang menggambarkan hubungan yang
berkaitan tentang peraturan pengalaman belajar dalam bidang yang sama, serta
sering dikaitkan dengan pertimbangan waktu dalam satu tingkat ke satu tingkat
dan dalam satu kelas ke satu kelas berikutnya. Rajah berikut adalah
prinsip-prinsip penyusunan reka bentuk kurikulum yang terdapat dalam Dimensi
Vertikal.
Prinsip kesinambungan
atau lebih dikenali sebagai Principle of Continuity dalam Dimensi
Vertikal telah didefinisikan sebagai pemeringkatan ilmu, kemahiran dan nilai
yang perlu dikuasai oleh setiap murid sejajar dengan pertumbuhan fizikal serta
perkembangan mental yang mana seiring dengan peningkatan usia mereka. Dalam
konteks prinsip kesinambungan, suatu kurikulum yang sempurna perlu mempunyai
kesinambungan yang lancar iaitu setiap peringkat harus dimulai dengan peringkat
yang paling asas dan seterusnya membolehkan murid mengaplikasikan untuk
meneroka pada tahap yang lebih tinggi. Oleh hal yang demikian, objektif mahupun
kandungan yang penting hendaklah sentiasa diulang dan didedahkan secara
berterusan dengan pelbagai kaedah atau cara bagi menentukan ianya dapat
dipelajari dengan menyeluruh agar dapat mencapai keselarian dan kesepaduan
dalam suatu kurikulum pendidikan.
Selain itu, prinsip
urutan (Principle of Sequence) membawa maksud jumlah timbun-tambah ilmu,
kemahiran dan nilai yangb dibina menerusi pembelajaran yang dilaksanakan iaitu
menerusi pembelajaran yang merentas waktu. Dalam prinsip urutan ini, sistem
pembelajaran yang disaranakan hendaklah dilaksanakan secara berterusan dan
berurutan seperti berdasarkan pengalaman lalu, agar setiap pelajar berpeluang
mempelajari sesuatu dengan lebih dekat, meluas serta mendalam.
Dimensi Horizontal
Dimensi Horizontal pula
diertikan sebagai susunan kandungan yang dilaksanakan secara
sebelah-menyebelah. Dalam erti kata lain, ia merupakan kandungan pembelajaran
untuk satu mata pelajaran adalah menyebelah ataupun sealiran dengan satu lagi mata
pelajaran yang dapat dilihat dari segi konten dan penilaian. Seterusnya, hasil
yang sama akan dikumpulkan kepada satu tema dan topik, iaitu dengan menentukan
skop kandungan kurikulum secara mendatar mahupun sealiran. Tambahan pula,
Dimensi Horizontal ini juga mudah difahami sebagai susunan isi kandungan
daripada pelbagai mata pelajaran yang sama ataupun secara sebelah-menyebelah
untuk menjadi satu mata pelajaran yang baru. Dengan demikian, terdapat 3
prinsip dalam Dimensi Horizintal seperti dalam rajah berikut.
Rajah 3: Prinsip Dimensi Horizontal
Prinsip integrasi atau
dikenali sebagai (Principle of Integration) adalah prinsip yang
menekankan agar pengalaman pembelajaran dihubungkaitkan antara satu sama lain
supaya pembelajaran akan menjadi lebih bermakna dan menyeluruh. Integrasi juga
dikaitkan dengan pelbagai elemen merentas kurikulum iaitu dari segi bahasa,
ilmu, kemahiran, teknologi, inovasi, kreatif serta keusahawanan.
Di samping itu, prinsip
skop pula berkaitan dengan keluasan serta kedalaman kandungan yang perlu
dimuatkan dalam sesuatu kurikulum dan pengajaran. Keluasan dan kedalaman
kandungan ini berkaitan dengan tahap pendidikan yang membolehkan setiap murid
menguasai kandungan mengikut tahap-tahap pendidikan serta kognitif. Namun
demikian, terdapat beberapa perkara yang perlu diberi perhatian dalam prinsip
ini, iaitu kandungan penting yang terdapat dalam sesuatu mata pelajaran, tahap
kesediaan murid dan pengalaman murid.
Prinsip Imbangan dalam
Dimensi Horizontal merujuk kepada kadar agihan, kepadatan muatan dan kesesuaian
kandungan dengan masa pembelajaran yang telah diperuntukkan kepada murid-murid
untuk menguasainya.
RUJUKAN
Zaini
Abdullah. (2021). Modul Perkembangan Pendidikan di Malaysia. Universiti
Pendidikan Sultan Idris
Comments
Post a Comment