ANALISIS REKA BENTUK KURIKULUM, POLA KURIKULUM DAN ORIENTASI KURIKULUM YANG DILAKSANAKAN DALAM KURIKULUM KEBANGSAAN.
Analisis Reka
Bentuk Kurikulum, Pola Kurikulum dan Orientasi Kurikulum yang Dilaksanakan dalam
Kurikulum Kebangsaan.
Definisi
Reka Bentuk Kurikulum
Reka
bentuk kurikulum ialah suatu prosedur dalam merangka, menerapkan dan menilai
suatu kurikulum. (Tyler 1949). Model kurikulum yang digunakan ialah Model
Rasional Tyler yang dianggap sebagai model klasik dan banyak digunakan dalam
bidang perkembangan kurikulum. Model kurikulum ini sangat berkesan bagi
membantu melahirkan pelajar yang berinovatif dan proaktif dalam kemahiran
masing-masing. Tujuan utama reka bentuk kurikulum adalah untuk meningkatkan
pembelajaran para pelajar dan mencungkil bakat yang para pelajar ada dalam diri
mereka.
Komponen-komponen
yang akan disusun aturkan ketika reka bentuk kurikulum ini ialah;
(1)
Matlamat, tujuan dan objektif
(2)
Isi kandungan
(3)
Pengalaman pembelajaran
(4)
Pendekatan penilaian.
Tokoh
Model Kurikulum
Ralph
Tyler (1949)
Model
Rasional/ Objektif Tyler yang dianggap sebagai model klasik dan banyak digunakan
dalam bidang perkembangan kurikulum. Menurut Tyler, apabila mereka bentuk
kurikulum, terdapat empat soalan asas iaitu:
1.
Apakah tujuan pendidikan yang hendak dicapai?
2.
Apakah bentuk pengalaman pendidikan yang membolehkan tujuan pendidikan dicapai?
3.
Bagaimanakah pengalaman pembelajaran dapat diolah secara yang berkesan?
4. Bagaimanakah dapat dipastikan tujuan pendidikan telah dicapai?
Ralph Tyler (1949)
Hilda
Taba (1962)
·
Model kurikulum rasional/objektif.
·
Menekankan proses pemikiran induktif
dalam pengajaran dan pembelajaran.
·
Menggunakan pendekatan grass-roof
iaitu perancangan bahan-bahan mesti direka bentuk oleh guru.
· Logik linear: Tujuan ditentukan ► Cara diusahakan ► Matlamat ditetapkan.
Hilda Taba (1962)
Stenhouse (1975)
Mengaplikasikan tiga prinsip
iaitu :
· Prinsip
pemilihan kandungan ( apa yang diajar dan dipelajari?).
· Prinsip
pembentukan strategi pengajaran ( bagaimana patut diajar dan dipelajari?).
· Prinsip
menentukan susunan pengajaran.
Lawrence Stenhouse
(1975)
Zais
(1976)
Model ini menuntut sejumlah guru dalam satu sekolah untuk
mengorganisasikan dirinya dalam memperbaharui kurikulum. Staf pengajar bekerja
dalam bentuk organisasi berstruktur atau bekerja sendiri-sendiri. Dalam model
ini, pembaharuan kurikulum dicontohkan dalam satu skala kecil untuk
diaplikasikan oleh para pengajar yang lain.
Robert
Zais (1976)
Pola Reka Bentuk Kurikulum
Kurikulum
Sebagai Perancangan
Kurikulum
yang dibentuk oleh Kementerian Pendidikan Malaysia adalah penting untuk
dilaksanakan oleh setiap pendidik Pendidik mesti mentafsir, menterjemah, dan
melaksanakan kurikulum berpandukan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran
(DSKP) sebagai panduan pengajaran Rancangan pengajaran pula perlu berpandukan
topik yang disenaraikan dalam rancangan kerja dan silibus, yang juga merupakan
sebahagian daripada kurikulum bagi sesuatu mata pelajaran. Antara contohnya
ialah DSKP yang digunakan untuk mata pelajaran dan Rancangan Pengajaran Harian
(RPH) sebagai panduan melaksanakan pengajaran
Kurikulum
Sebagai Objektif
Objektif
yang ditetapkan mestilah selaras dengan keperluan murid, masyarakat, pandangan
pakar dalam bidang berkenaan berdasarkan falsafah dan matlamat pendidikan
seperti matlamat/ objektif mata pelajaran dan standard pembelajaran.
Kurikulum
Sebagai Proses
Bukan bersifat fizikal tetapi merupakan interaksi di antara guru, murid, bahan, dan pengetahuan.
- Contoh: Aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang merupakan kaedah interaksi antara murid, guru, bahan, dan pengetahuan.
Kurikulum
Sebagai Hasil/ Outcome
Kurikulum yang dapat melahirkan insan yang mempunyai keseimbangan dari aspek intelek, rohani, emosi, jasmani, dan rakyat yang dapat memenuhi aspirasi negara. Antara contohnya keberhasilan pembelajaran mengikut domain kognitif, afektif, dan psikomotor.
Orientasi
Reka Bentuk Kurikulum
Rajah:
Orientasi Reka Bentuk Kurikulum
i)
Kurikulum Berpusatkan Pelajar
Kurikulum ini memfokuskan kepada potensi pelajar. Pengajaran kurikulum ini berorientasikan aktiviti dan membantu membina pengalaman pelajar mengikut minat, keperluan dan matlamat pelajar. Reka bentuk kurikulum ini bertujuan untuk memperkembangkan potensi pelajar dan membolehkan mereka membentuk diri mereka melalui pendidikan. Melalui kurikulum berpusatkan pelajar, pelajar diberi peluang dan dapat memilih pengalaman belajar, aktiviti dan tugasan sendiri. Hal ini akan meningkatkan semangat pelajar untuk belajar dengan lebih giat. Hal ini akan menyebabkan guru akan bersifat lebih terbuka kepada pelajar dalam membentuk kurikulum. Sebagai contohnya, Kurikulum Sekolah Seni yang membantu memperkembangkan bakat pelajar dalam seni dan budaya mengikut minat masing-masing.
ii)
Kurikulum Berpusatkan Akademik
Kurikulum ini menekankan kepada pengetahuan, nilai dan warisan budaya. Kurikulum ini berorientasikan kepada subjek dam pengetahuan pelajar. Reka bentuk kurikulum jenis ini cenderung kepada meningkatkan pengetahuan dan membangunkan intelek pelajar. Kurikulum ini lebih kepada proses pengajaran yang melibatkan aktiviti mengingat dan memahami subjek bagi memastikan pelajar faham dengan pelajaran yang dipelajari. Antara contoh dalam kurikulum berpusatkan akademik ialah reka bentuk yang menekankan tentang isi kandungan dan cara atau proses sesuatu disiplin itu dikembangkan. Sebagai contohnya dalam sains, struktur ilmu dalam bidang tersebut dan kaedah proses sains yang menjadi kaedah perkembangan ilmu itu juga penting dalam mereka bentuk kurikulum jenis ini.
iii)
Kurikulum Berpusatkan Masyarakat
Kurikulum ini berdasarkan kesejahteraan masyarakat dan berasaskan kepada pikiran individu yang menyatakan bahawa manusia sebagai mahkluk sosial yang perlu hidup bersama dan menjalani kehidupan walaupun mempunyai pelbagai konflik. Pelajar dapat mempelajari kurikulum ini untuk memahami, mengenal pasti, menganalisis dan menyelesaikan sesuatu masalah. Hal ini dapat membantu pelajar membuat penyelesaian kepadavsesuatu masalah yang mereka hadapi di persekitaran mereka. Antara contoh yang boleh dilakukan dalam kurikulum ini ialah reka bentuk situasi kehidupan berpendapat bahawa pembelajaran di sekolah akan menjadi lebih menarik jika pembelajaran itu dapat digunakan secara terus dalam kehidupan seharian pelajar. Hal ini akan membantu pelajar meluaskan pandangan dan menghadapi masalah-masalah berkaitan dengan kehidupan sebenar.
iv)
Kurikulum Berpusatkan Eklektik
Kurikulum Eklektik ialah gabungan
keseluruhan kurikulum yang berorientasikan pelajar, akademik dan masyarakat. Antara
contoh yang terdapat di dalam kurikulum ini ialah ilmu dan keterampilan serta
potensi individu dalam menangani masalah.
RUJUKAN
Zaini
Abdullah. (2021). Modul Perkembangan Pendidikan di Malaysia. Universiti
Pendidikan Sultan Idris
Comments
Post a Comment