REKABENTUK KURIKULUM KEBANGSAAN DAN PENTERJEMAHANNYA DALAM SISTEM PENDIDIKAN DI MALAYSIA.
Rekabentuk Kurikulum Kebangsaan dan Penterjemahannya Dalam Sistem Pendidikan Di Malaysia.
1.0 Peranan Pendidik dalam Perkembangan Pendidikan
Menurut Ornstein & Hunkin (1993) konsep dan
reka bentuk kurikulum bermaksud sebagai satu pelan atau rancangan untuk tindakan atau satu dokumen bertulis yang mengandungi strategi
untuk mencapai matlamat yang dihajati. Kurikulum yang direka perlulah mempunyai
pelan dan struktur yang jelas dan didokumenkan supaya tidak terjadinya
kekeliruan semasa melaksanakan kurikulum tersebut. Kurikulum ialah unsur
budaya atau ilmu pengetahuan
untuk memandu guru yang mengajar kumpulan murid tertentu (Mohd Daud, 1995).
Malaysia
mempunyai sistem kurikulum berpusat dan proses pelaksanaan perkembangannya
adalah secara top-down. Kurikulum kebangsaan mula disarankan sejak Penyata Razak
(1956) membolehkan setiap pelajar
sekolah di Malaysia mendapat ilmu, kemahiran, nilai dan budaya sebagai warganegara
Malaysia.
Kurikulum
yang telah dibentuk kemudiannya akan didokumentasikan dan disebarkan keseluruh
sekolah di Malaysia melalui Jabatan Pelajaran Negeri dan Jabatan Pelajaran Daerah.
Para pegawai di peringkat ini harus memastikan sebarang maklumat berkaitan
kurikulum disebarkan dengan tepat dan jelas supaya tidak timbul kekeliruan
dalam kalangan guru-guru di sekolah. Hal ini supaya proses penyampaian
kurikulum dapat berjalan dengan lancar semasa proses pengajaran dan
pembelajaran sedang berlaku. Oleh itu, guru berperanan penting sebagai pelaksana
penyampai kurikulum kebangsaan. guru perlu menekankan tiga perkara dalam
penyampaian perkembangan kurikulum, iaitu :
i-
Guru sebagai perancang 4 merancang dan
menyediakan kurikulum
ii-
Guru sebagai pelaksana 4 melaksanakan
kurikulum melalui proses pengajaran dan pembelajaran
iii-
Guru sebagai penilai 4 menilai
keberkesanan kurikulum : formatif dan sumatif
Kurikulum
yang telah dibentuk oleh Kementerian Pelajaran Malaysia adalah sebagai panduan kepada
setiap pendidik yang telah diberi tanggungjawab agar melaksanakan pengajaran berpandukan
rancangan pengajaran. Proses merancang pengajaran merupakan sebahagian daripada
proses kurikulum yang mengandungi himpunan subjek-subjek. Seterusnya, rancangan
pengajaran bagi satu unit pelajaran, silibus untuk rancangan sesuatu subjek,
serta rancangan kerja bagi melengkapkan maklumat terperinci silibus bagi tempoh
tahun persekolahan.
2.0 Penterjemahan dan Pentafsiran Kurikulum
Kebangsaan
Menurut
Akta Pendidikan 1996, kurikulum kebangsaan ialah satu program pendidikan yang
termasuk kurikulum dan kegiatan yang merangkumi semua pengetahuan, kemahiran,
norma, nilai, unsur kebudayaan dan kepercayaan yang membantiu perkembangan
seseorang murid dengan sepenuhnya dari segi jasmani, rohani, mental dan emosi
serta untuk menanam dan mempertingkatkan nilai moral yang diingini dan untuk
menyampaikan pengetahuan.
3.0 Penterjemahan Kurikulum Kebangsaan
Penterjemahan
kurikulum kebangsaan mengandungi proses yang melibatkan empat komponen yang
saling berhubung, iaitu :
i.
Asas Pertimbangan Pembinaan Kurikulum
· Pembangunan
Negara
· Perkembangan
Individu
· Teori
Pembelajaran
· Falasafah
Pendidikan Kebangsaan (FSK)
· Empat
Rujukan Pendidikan
ii.
Peringkat Perlaksanaan Kurikulum
· Komponen
Mata Pelajaran Wajib
· Program-Program
Khas
iii.
Amalan Kurikulum Bilik Darjah
· Strategi
Pengajaran dan Pembelajaran
· Penilaian
iv.
Hasil Perlaksanaan Kurikulum
· Pembangunan
Insan (Individu)
· Pembangunan
Negara
RUJUKAN
Zaini
Abdullah. (2021). Modul Perkembangan Pendidikan di Malaysia. Universiti
Pendidikan Sultan Idris
Comments
Post a Comment