APLIKASI MODEL KURIKULUM TYLER KE ARAH MEMBINA PENGALAMAN PEMBELAJARAN DALAM KALANGAN PELAJAR.

 Aplikasi Model Kurikulum Tyler Ke Arah Membina Pengalaman Pembelajaran dalam Kalangan Pelajar.


Model Tyler 1949 dianggap sebagai model klasik dan banyak digunakan dalam bidang perkembangan kurikulum. Di dalam bukunya yang dihasilkan, iaitu Basic Principles Of Curriculum and Instruction (1949), Tyler (1949) telah menekankan perkembangan kurikulum berdasarkan kepada empat pertanyaan di bawah:


Model kurikulum Tyler (1949) telah memainkan peranan yang penting dalam perkembangan pendidikan di kalangan para pelajar. Menurut Tyler (1949), pengalaman pembelajaran yang dilakukan dan dilaksanakan mengambil kira pengalaman “lampau” dan pandangan pelajar berhubung dengan perkara atau situasi pembelajaran yang telah dipelajari.

Maksud pengalaman pembelajaran ialah interaksi antara murid- murid dan keadaan persekitaran mereka. Pengalaman pembelajaran boleh diberikan melalui keterlibatan pendengaran, penglihatan, perbuatan, kombinasi pendengaran dan penglihatan. penglibatan dan perbuatan. Pengalaman tersebut berbentuk konkrit dan mudah difahami oleh murid dalam pembelajaran mereka. Setiap pengalaman belajar haruslah memuaskan pelajar dan pengalaman pelajar juga perulah sesuai dengan setiap tujuan yang ingin dicapai. Hal ini kerana, setiap tujuan akan menentukan pengalaman pembelajaran para pelajar.

Menurut Tyler (1949), perancang kurikulum iaitu para pendidik ataupun guru perlu memilih subjek, isi kandungan atau pengalaman pembelajaran yang perlu didedahkan kepada para pelajar supaya objektif pembelajaran tercapai. Contohnya, seseorang guru perlulah menggunakan teknik pengajaran dan pembelajaran yang kreatif seperti menayangkan video di dalam kelas dan menggunakan kaedah belajar sambil bermain di dalam kelas supaya para pelajar sentiasa berminat untuk mempelajari sesesuatu subjek tersebut. Kesannya, hal ini akan dapat memotivasikan para pelajar untuk mempelajari sesuatu subjek tersebut secara lebih mendalam. Oleh itu, hal ini akan dapat membentuk sebuah pengalaman pembelajaran dalam diri pelajar tersebut selepas mereka berada dan melalui situasi itu tidak kiralah sama ada situasi tersebut di dalam kelas mahupun di luar kelas.



RUJUKAN

Tyler, R. W. (1949). Basic principles of curriculum and instruction. Chicago: University of Chicago Press.

Comments

Popular posts from this blog

ANALISIS PRINSIP ORGANISASI DALAM REKA BENTUK KURIKULUM STANDARD KEBANGSAAN DARI DIMENSI VERTIKAL DAN DIMENSI HORIZONTAL

REKABENTUK KURIKULUM KEBANGSAAN DAN PENTERJEMAHANNYA DALAM SISTEM PENDIDIKAN DI MALAYSIA.

ANALISIS REKA BENTUK KURIKULUM, POLA KURIKULUM DAN ORIENTASI KURIKULUM YANG DILAKSANAKAN DALAM KURIKULUM KEBANGSAAN.