Posts

ANALISIS REKA BENTUK KURIKULUM, POLA KURIKULUM DAN ORIENTASI KURIKULUM YANG DILAKSANAKAN DALAM KURIKULUM KEBANGSAAN.

Image
Analisis Reka Bentuk Kurikulum, Pola Kurikulum dan Orientasi Kurikulum yang Dilaksanakan dalam Kurikulum Kebangsaan. Definisi Reka Bentuk Kurikulum Reka bentuk kurikulum ialah suatu prosedur dalam merangka, menerapkan dan menilai suatu kurikulum. (Tyler 1949). Model kurikulum yang digunakan ialah Model Rasional Tyler yang dianggap sebagai model klasik dan banyak digunakan dalam bidang perkembangan kurikulum. Model kurikulum ini sangat berkesan bagi membantu melahirkan pelajar yang berinovatif dan proaktif dalam kemahiran masing-masing. Tujuan utama reka bentuk kurikulum adalah untuk meningkatkan pembelajaran para pelajar dan mencungkil bakat yang para pelajar ada dalam diri mereka. Komponen-komponen yang akan disusun aturkan ketika reka bentuk kurikulum ini ialah; (1) Matlamat, tujuan dan objektif (2) Isi kandungan (3) Pengalaman pembelajaran (4) Pendekatan penilaian.   Tokoh Model Kurikulum Ralph Tyler (1949) Model Rasional/ Objektif Tyler yang dianggap sebagai...

ANALISIS PRINSIP ORGANISASI DALAM REKA BENTUK KURIKULUM STANDARD KEBANGSAAN DARI DIMENSI VERTIKAL DAN DIMENSI HORIZONTAL

Image
Analisis Prinsip Organisasi dalam Reka Bentuk Kurikulum Standard Kebangsaan dari Dimensi Vertikal dan Dimensi Horizontal      Prinsip organisasi dalam reka bentuk kurikulum standard kebangsaan terdapat lima prinsip utama yang telah disusun dalam dua dimensi yang berbeza iaitu Dimensi Vertikal (Menegak) dan Dimensi Horizontal (Mendatar). Prinsip ini diperkenalkan adalah bertujuan untuk menjadikan sesebuah susunan kandungan kreatif serta menyeluruh dari pelbagai aspek bagi mencapai matlamat kurikulum yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Berikutan daripada prinsip penyusunan reka bentuk kurikulum dalam setiap dimensi juga berbeza yang mana dalam Dimensi Vertikal, prinsip penyusunannya mengandungi prinsip kesinambungan dan prinsip urutan. Dalam Dimensi Horizontal pula, ia mengandungi 3 prinsip penyusunan iaitu prinsip integrasi, prinsip skop, serta prinsip imbangan. Hubungkait antara Dimensi Vertikal dan Dimensi Horizontal dapat dilihat melalui gambar r...

APLIKASI MODEL KURIKULUM TYLER KE ARAH MEMBINA PENGALAMAN PEMBELAJARAN DALAM KALANGAN PELAJAR.

Image
  Aplikasi Model Kurikulum Tyler Ke Arah Membina Pengalaman Pembelajaran dalam Kalangan Pelajar. Model Tyler 1949 dianggap sebagai model klasik dan banyak digunakan dalam bidang perkembangan kurikulum. Di dalam bukunya yang dihasilkan, iaitu Basic Principles Of Curriculum and Instruction (1949), Tyler (1949) telah menekankan perkembangan kurikulum berdasarkan kepada empat pertanyaan di bawah: Model kurikulum Tyler (1949) telah memainkan peranan yang penting dalam perkembangan pendidikan di kalangan para pelajar. Menurut Tyler (1949), pengalaman pembelajaran yang dilakukan dan dilaksanakan mengambil kira pengalaman “lampau” dan pandangan pelajar berhubung dengan perkara atau situasi pembelajaran yang telah dipelajari. Maksud pengalaman pembelajaran ialah interaksi antara murid- murid dan keadaan persekitaran mereka. Pengalaman pembelajaran boleh diberikan melalui keterlibatan pendengaran, penglihatan, perbuatan, kombinasi pendengaran dan penglihatan. penglibatan dan perbuatan. Penga...

REKABENTUK KURIKULUM KEBANGSAAN DAN PENTERJEMAHANNYA DALAM SISTEM PENDIDIKAN DI MALAYSIA.

Rekabentuk Kurikulum Kebangsaan dan Penterjemahannya Dalam Sistem Pendidikan Di Malaysia.  1.0       Peranan Pendidik dalam Perkembangan Pendidikan Menurut Ornstein & Hunkin (1993) konsep dan reka bentuk kurikulum bermaksud sebagai satu pelan atau rancangan untuk tindakan atau satu dokumen bertulis yang mengandungi strategi untuk mencapai matlamat yang dihajati. Kurikulum yang direka perlulah mempunyai pelan dan struktur yang jelas dan didokumenkan supaya tidak terjadinya kekeliruan semasa melaksanakan kurikulum tersebut. Kurikulum ialah unsur budaya atau ilmu  pengetahuan untuk memandu guru yang mengajar kumpulan murid tertentu (Mohd Daud, 1995). Malaysia mempunyai sistem kurikulum berpusat dan proses pelaksanaan perkembangannya adalah secara top-down. Kurikulum kebangsaan mula disarankan sejak Penyata Razak (1956)   membolehkan setiap pelajar sekolah di Malaysia m...