Aplikasi Model Kurikulum Tyler Ke Arah Membina Pengalaman Pembelajaran dalam Kalangan Pelajar. Model Tyler 1949 dianggap sebagai model klasik dan banyak digunakan dalam bidang perkembangan kurikulum. Di dalam bukunya yang dihasilkan, iaitu Basic Principles Of Curriculum and Instruction (1949), Tyler (1949) telah menekankan perkembangan kurikulum berdasarkan kepada empat pertanyaan di bawah: Model kurikulum Tyler (1949) telah memainkan peranan yang penting dalam perkembangan pendidikan di kalangan para pelajar. Menurut Tyler (1949), pengalaman pembelajaran yang dilakukan dan dilaksanakan mengambil kira pengalaman “lampau” dan pandangan pelajar berhubung dengan perkara atau situasi pembelajaran yang telah dipelajari. Maksud pengalaman pembelajaran ialah interaksi antara murid- murid dan keadaan persekitaran mereka. Pengalaman pembelajaran boleh diberikan melalui keterlibatan pendengaran, penglihatan, perbuatan, kombinasi pendengaran dan penglihatan. penglibatan dan perbuatan. Penga...